Friday, November 13, 2009

doaku

Posted by senorita nadya at 3:19 PM 2 tepuk tangan

PadaMu ya Allah tempat kami memohon,keampunan Mu dari segala dosa yang pernah kami lakukan Dan hanya padaMU Allah tempat kami berlindung dari sisa api nerakaMu.Sesungguhnya kami tak mampu kerana godaan selalu datang silih berganti seakan membawa arah nafsu dunia.Pimpinlah serta kuatkanlah iman kami.Aku memohon padaMU ya Allah.

Ya Allah,hadirnya tanpa kusedari menggamit kasih cinta bersemi hadir cinta insan padaku ini anugerah kurniaan Ilahi lembut tutur bicaranya menarik hatiku untuk mendekatinya juga kesopanannya memikat di hati mendamaikan jiwaku yang resah ini.Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah,dialah permata yang dicari selama ini baru kutemui tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki tidak sekali dinodai nafsu akan cuba kubatasi dengan syariat-Mu. Jika dirinya bukan untukku aku redha hatiku dengan ketentuan-Mu Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Namun,
Perjalananku dalam kehidupan bukan jauh dan ketentuan datang mungkin esok kerana takdir takkan dapat dihalang.Untung dan nasib digenggaman Tuhan.Kemanakah arah tujuku? kerana hukum Tuhan pasti berlaku.Bukan tempat lalai leka kerana di dunia bakti di tempah untuk tanam budi luhur budi dan di akhirat tempat abadi.Himpun doa di pohon harapan agar ditempatkan rahmat petunjuk dan pimpinanhanya ikhtiar dan usaha moga mendapat nur dari Tuhan supaya suluh terangi jalan kebahagiaan.


Wednesday, November 11, 2009

jerit jerit

Posted by senorita nadya at 1:52 PM 6 tepuk tangan
current mood:
malas
MyEm0.Com
reason:
sbb nak balik kedah semula

solution:
jerit kuat. baju masih belom kemas. duduk online lagi.
MyEm0.Com
mission:
ubah mood jadik gembira.nak nek sem 2. result sem 1 terok. kne blaja.nak jadik lawyer.berjuang!
MyEm0.Com
advice:
jangan malas.bace buku.

MyEm0.Com


Monday, November 9, 2009

teringin nak jadi PISAU CUKUR?

Posted by senorita nadya at 1:03 PM 4 tepuk tangan
hello hello. oh my DIOR!
huh stress btol ngan muet hr tuhh. haish mengikut instinct mcm ta lepas jek band 4. ops! no way no way,msty lepas munye insyaAllah. just need to pray a lot on it smoga pemeriksa uh ta nampak kesalahan or tgh mood baik n bla bla. kepala da serabut muke kerut darah da tinggi..
jom hang out!

oh my GUCCI!

gila syokk!akhirnya!
ehem ehem my couzy nak ajak g nengok muvee.uhh gumbiranya saya. da lame ouhh ta kuar ngan dye. naek satria neo dye yang di pandu dgn driftnya ohh gila best! cte yg kami tunggu tunggu mahu tonton,ape lagi klo bukan cte PISAU CUKUR. ohh yeah. sangatla ta saba. sggp ohh batur panjang. yang paling ta leh blah,kami dapat free pisau cukur! kuang kuang. korg dapat jugak ke? teruja gakla dpt bende free an. jakun jakun. mse msok nengok cte ni an,kami cam pelik gak r coz rmi gak laki yang nengok an. antara sebab yang kami terpikir di dalam pale kami:
  1. mereka nak thu cmne nak kenal pasti pisau cukur
  2. mereka juga pisau cukur :)
  3. pujukan gf dyorg suro tgok
  4. meminati fazura n maya
  5. saje suka suka nak support cte m'sia

ha,tapi memg class ahh cte nih. bagi saya saya memg suka muvee cmni. comedy funky love. dengan warna yang terang terang timbul pastu happening. memg cool. lakonan fazura n maya memg top la. igt senang ke nak jdik gedikk? susah ohh. igt nak blaja ohh ngan fazura. cam best jek. kui3. jalan cte dye pon okay. macam macam karenah. hehe. hurm, bahasa dyorg pon okay.
contoh;
oh my DEAR=oh my DIOR
oh my GOD=oh my GUCCI
materialistic btol. nampak la kepisauan cukuran dyorg uhh. blink blink $$$$$
pergila tgok,alang alang uh support filem m'sia. hehe bila lagik an.

ha alang-alang,teringin nak thu sape pisau cukur?

1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

p/s:selamat melicinkan bulu. ha ha ha

Thursday, November 5, 2009

jom senyum!

Posted by senorita nadya at 7:57 AM 4 tepuk tangan

mari rakan dan teman teman. kita mencantikkan wajah,dan meregangkan otot muka dengan senyuman.
senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat!ya betol. Firman Allah;

sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)


lupakan masalah dengan lakarkan senyuman.yela,tak semestinya mesti jumpa yang pakar untuk selesaikan masalah kita kan. sebenarnya dengan senyuman lagi mudah.tak caya?
"kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita"


Dan senyum itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi

1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).
3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

jangan pula kita gelak,kerana gelak terbahak bahak boleh menggelapkan hati.

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’:

Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

jom kita sama-sama nyanyi lagu raihan,semoga kita sama-sama turut tersenyum.

Manis wajahmu kulihat di sana Apa rahsia yang tersirat Tapi zahirnya dapat kulihat Mesra wajahmu dengan senyuman Senyuman... senyuman Senyum tanda mesra Senyum tanda sayang Senyumlah sedekah yang paling mudah Senyum di waktu susah Tanda ketabahan Senyuman itu tanda keimanan Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah Hati yang gundah terasa senang Bila melihat senyum hatikan tenang Tapi senyumlah seikhlas hati Senyuman dari hati jatuh ke hati Senyumlah senyumlah Senyumlah seperti Rasulullah Senyumnya bersinar dengan cahaya Senyumlah kita hanya kerana Allah Itulah senyuman bersedekah Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah Itulah sedekah yang paling mudah Tiada terasa terhutang budi Ikat persahabatan antara kita Tapi senyum jangan disalah guna Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Senyum itu lambang orang sedang sukacita,tangis pula melambangkan kesedihan

p/s:kawan2,saya da ta larat da nak nanges.memey,emy,fira,nieya,jo,fatin,bund..

Tuesday, November 3, 2009

siapa saya?

Posted by senorita nadya at 1:02 PM 8 tepuk tangan
sedang blur tidak tahu mahu menulis ape,layan jela ya post kali nihh.hehe :D

siapa saya?


orangg kata,pantang ada makanan ada saya?betol ka?? ahahaha. yeah tepat skali. saya amat suka pada makanan. da kenyang pon rase lapa balik. ta boleh nampak makanan la.. leleh jek air liur. ta sedap pon telan,tp pastu muntah balik. ahahaha.cme jauhkan saya denga durian!alergik!alergik!bukan alergik ape,tp cam ta bape bekenan makan durian tuhh. loya tekak. pelik ke? na wat cmne,makanan yang ade bau ni memg kureng sket :)

orangg kata
,saya ni emo?kalau cite sdeyh sikit,nanges da smpi takde tisu.cte gembira,gelak sampai semput.cte romantik,terbawa-bawa dlm kehidupan sendiri.cte yg ade mamat-mamat ensem,meracau tak henti.ahahaha.sbb saya ni memg menjiwai setiap cerita.percayalah.

orangg kata
,saya ni kepoh. betol sgt la tuhh. saya memg banyak ckp. jika diberi peluang,non-stop!jgn harap saya akan bagi peluang pd org laen.im sorry! tapi tula,sampai diri ni kne kutuk. ahahaha. msuk uitm,dlm kelas agak pendiam,bkn ape da kne tegur dgn someone sblom msuk. teguran yang betul-betul menikam dijiwa.teruk sgt ke saya dulu?tapelah,biala org ta knl saya di uitm nih. lbey baek.kan2?

orangg kata
,saya ni dr.love. agagagagaga. kenapa yeah?teringat tyme kat maresma dlu,budak-budak ni sebok cari saya.minta nasihat.what??kenapa cari saya?ble dyorg dtg,takkan nak halau lak an. lgpon dyorg minta pendapat. jdik saya bagila ape yg saya rasa. pastu leh dyorg kate berkesan?ahahaa.ta ku sangka. saya pon ade masalah dalam bab cintan-cintan kasih kasihan nih.sendiri pon ta leh selesaikan,tp utk org laen boleh pulak?ahaha.pelik kan saya.

orangg kata
,saya kepala besar. memg pon,saya tengok kat cemin memg besar!huhuu. saya fhm mksd orang itu. ntahla,mungkin juga. sbb saya anak sulung kot?nak sendiri punya pendapat jek,org laen takmo terima. yeke?rse mcm diri sndrik ketua,pdhl ta dilantik pon. hurmm. maaf maaf. tindakan di luar kawalan. uhuu. lepas ni denga dan lihat saje oke nadya?

orangg kata
,saya ni friendly. oh yes!i love to makes fren. ramai kawan banyakla ragam saya leh thu. suka melihat macam-macam orang. lepas ni leh kot ganti dr.fadzilah kamsah? ehehehe. sume orang kawan saya. saya ta memilih tau. buat blog ni pon salah satu alternatif saya menambah kawan :) hey hey add la saya. saya pon ade tau facebook. ehehehe.

orangg kata,saya ni cepat perasan. ahahaha. yela kot. ntah ntah ape yang saya tulis atas ni sume ta betol wakakaka. perasan lbey la nadya nihh. shuh shuh jauh sne. jangan dok merepek saje. takdenya orangg kata,kamu yang kata sndrik. ekekeke. peace!
p/s: korg pula camne?wink2^.^


Friday, October 30, 2009

tragedi oktober ):

Posted by senorita nadya at 2:48 PM 10 tepuk tangan
sekejapnya dah nak hbs pon bulan seploh nihh. hai.. ta lme lagik da naek sem dua. malasnyaa!! dengan nak menunggu resultnya lagik. peh! cuak cuak. ape yang tragedi oktober ni yeah?

pada 23 oktober yang lalu, Nadya baru sahaja kehilangan orang yang Nadya sayang;
PAK
NGAH.
sedih sangat bila dapat tahu dia akan pergi buat selamanya. sekejap sangat kami bersama. masa terlalu singkat. bila teringat balik kenangan,rasa sdeyh pula. semoga Pak Ngah sentiasa dicucuri rahmat dariNya.




kepada fatin my dearest rumet,thnk you so much for ur advices and support.;)

p/s:setiap yang datang,akan pergi.



Monday, October 26, 2009

luahan rasa

Posted by senorita nadya at 6:35 PM 6 tepuk tangan

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi

Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi

Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati

luahan rasa dari saya;nadya

Sunday, October 18, 2009

rumah terbuka :)

Posted by senorita nadya at 10:53 AM 12 tepuk tangan
17 OKTOBER 2009
Taman Seri Saujana
12.00 tghri-10.00 mlm


salam sume.thnx singgah utk bce post kali nihh.ohh ya,suda 3 taon kott ta wat pape ble menjelangnya raya,then tahun ni alhamdulillah kami berjaya wat open house.hooraay!yang bestnya wat pada akhir syawal:)yela johor kan raya sebulan.kalau boleh sampai ke aidiladha.wee~memandangkan hari itu hari cuti,senangla orang datang nak menjenguk uma saya.kan2?penat la jugak open house kali ni.yela dari tengahari sampai malam kott.fuh!mandi peluh saya.


ape jek yang ada kali ni?
  • nasi minyak / ketupat
  • ayam masak merah
  • daging kurma / rendang
  • roti jalaBold
  • taufufa
  • otak-otak kempas
  • jagung
  • kek sarawak (import beb)
  • buahan, pisang montel
  • air epal,oren,sarsi


before


after
ibu saye;)


ayah saya;)

kenal ni sape??inilah ibu kepada amalina che bakri:)

takdela banyak mane cam umah laen.kami wat sederhana jek.tetamu pun terdiri daripada sedara mara,rakan-rakan,jiran tetangga.kepada yang hadir terima kasih daun keladi.yang bantu kemas pon mekasih bebanyak.kami sekeluarga sangat terhutang budi pada anda sume.


ni jek kawan saye yang hadir.muka ni jek pon yang slalu datang.huuu.thnx naqiatul-naqiatul sume.

Friday, October 16, 2009

kemas rumah ohh!

Posted by senorita nadya at 10:55 AM 8 tepuk tangan

fuh!today is peluh day. ohh yeaah. di mana kami sekeluarga kene pulun mengilatkan rumah.mengutip segala sisa-sia yang melekat di lantai ewww. ade ke?hahaha. masukkan segala bju yang masih berbungkus ke dalam almari.crius saya baru jumpe bju yang saya beli beberapa bln lepas di bwh katil..ohooo.kantoi!ahh pepepon selamat maju jaya kepada saya.semoga rumah bertambah seri.

tomorrow;ade open house di rumah saya C:

Wednesday, October 14, 2009

hari saya keluar dengan?

Posted by senorita nadya at 8:34 PM 9 tepuk tangan
MyEm0.Com
pengisian saya selama seminggu cuti: saya telah berjaya keluar mengedate dengan.... saya.
sangat fun! sangat penat! ahaha. normal la kan.keluar pagi-pagi dalam kol 10 cmtu tros nek bas menuju ke stesen seterusnya iaitu di ulu tiram.tak sabar saya nak menunggu kehadiran ... saya. rindu yang amat. da 4 bulan tak berjumpa. mcm mne la agaknya rupa dye ya. comel lagi ke?makin tinggi ke?hahaha. hanya menunggu dan tros menunggu. beep beep. mesej masuk. mesej dari dia! segera membaca,'nadya hari ni kte pergi beraya dulu ya di rumah kawan saya,KAY'.
apekah??sila ulang taip?i mean resend?gila ke saya nak beraya di rumah..??MyEm0.Comno way! segan ohh. saya belom ready lagi nak berjumpa. tggula da berumur sket.pelisss.tolong jangan wat sy camni..rse macam nak balik jekkk. takmo g. maaf sudah terlambat.bak kate tutt 'u kalau u da separuh mendaki gunung u nak ke turun balik?'okay-okay.dengan itu saya pergi jua.tabahkan hati.menggeletar badan saya.rase sejuk jek kaki.adekah izrail datang nak menjemput saya?bukan hari ini.sudah tiba di depan gate. saya pejam jek mata. tak sanggup nak lihat. peliss jauhkan saya dari rumah ini.tapi kaki tetap melekat kat situ.kedengaran tapak kasut berbunyi,sama seperti degupan jantung saya.dup dap dup dap.ohh debarnya rasaaa..MyEm0.Com
masukla dulu beraya.kepala tunduk jek tak tgok mke.malu~asal mcm berpeluh-peluh ni?hehe.nadya cool okay.cool kay jek ponn.kay jek??helo2..sedarkah anda siapakah kay??dah-dah enough.sekarang nadya pandang atas,

1
2
3


tadaa!! ni la wajah yang saya lihat. fuh!kelegaan di hati. ini KAY stands for KALIM.hahaha.yeyeay!bukan KAY stands for.. menjerit girang!okay mne kuih dengan air?saya da tak segan dah.lapa-lapa.hahaha.oh ya nak thu ke dengan sape saya ngedate?


gadis bertudung biru itulah.windu ohh saya dengan dye.dyela rakan gelak dan tangis saya mase tyme skola rendah dlu. heee. yang bertudung krim itu sila abaikan.tak masuk list.hahaha.sheila,jangan risau k!saya tak marahla dengan kamuu.cium sket!muuaaahh!heee..
okay,next stop.jusco.bersama sheila dan KAY menaiki kereta,AMIR YAHYA!adess!sejak bilakah dye jdik drebar nihh?amir yahya ni pemalu tahap max!bayangkan mse tyme skola rendah dlu sanggup bangun dan cari kawan lelaki untuk pinjam pemadam.sedangkan depan kanan belakang ade jek orang.ohh ya!perempuan.dye memg maluuu sgt2 dengan perempuan.tp ntah kenape tetibe baek bebeno nak nganto ke jusco. ape mimpi dye agaknya. yg klakanya,klo join skali hangout takpe,ni anta semata.musykil2.sheila better ko bg tau saya adekah anda berdua..??hahaha.gurau saje.ohh ya,amir u r a good driver!heee.MyEm0.Com
sampai jusco sempatla naek tgok cinema ade cte pe[serious takde cte best] then beli jagung pastu tron balek ke pintu masuk untuk pergi ke next stop.'bosan an asek g jusco jekk'kate si KAY.lalu kami gerak vroom2 ke cs kali ni bukan kete amir lagi tp bas!ngee.tak bek menyusahkan orangg.pastu sampai cs,lapaaa...citt. okay jom makan! di manakah?? KFC. what?asek g kentut fira citt jekkk.takpe2.demi untuk kenyang.maka pusinglah keliling cs tersebut.weyh,,da sepuluh kali tawaf nihh.tak nampak pon uban si colonel uh??aah ek mne ek.ceh!hampeh cakap ler tak thu.. satu suare sumbang bersuara,orang ulu g bandar cmnilahh. omg!senak perot saya gelak.da penat tawaf last2 tanye kaunter,ape gne ade kaunter pertanyaan kan..hehe.maaf adek,kentut fira citt hanya ade di persada.pengsan.nak ke weyh pergi sne??mestyla!okay-okay.keluar g jumpe drebar teksi,encik2 tumpang tnye dimanakah tempatnya menteri besar johor bersidang?adek tros ke kiri ni dikk.okay!set!kami memg terlupa mne satu arah kana ke kiri.bukan tak thu.lupa.sbb stiap kali g jb,dalam kete tydoo.ngeee.kami jalan dan jalan jumpe temple tros jalan n jalan jumpe kota raya dan jalan dan tros jalan jumpe bangunan ansar dan jalan lagi jumpe hotel pan pacific dan jalan,,PERSADA.msok dalam cari dan cari di mana terletaknya KFC,jumpa.depan kami ade cermin yang boleh melihat luar,Allah memg menguji kita hari ini.depan kami tersegam indah bangunan cs.kenapela kte pusing 180 drjah sedangkan bangunannya seblah jek??masyaallah.. urut dada saya tadi.MyEm0.Comselepas makan dan solat kami troskan sopin2 ntah ape.hbskan sisa-sia mase yang ade. dan pulang dgn gumbiranya.sebelom pulang sempat kami menunggu bas di bus stand dan melihat bas bertulis u.tiram dan kota tinggi sebanyak lebih 10 kali tapi kami tak naik-naik.tak thu knp.sampaila rse-rse nak naik baru naik.so sampai jek rumah azan maghrib berkumandang.lalu solat la saya.
THE END
P/S:emy,bilakah anda mahu meronggeng dgn saya?

Monday, October 12, 2009

a song i sang for him;)

Posted by senorita nadya at 10:21 AM 8 tepuk tangan
time:midnight.
venue:home
MyEm0.Com
I love you,
You love me,
we r happy family,
with the great big hug,
and a kiss from me to you,MyEm0.Com
won't you say YOU LOVE ME too.

ntah nape dye nak me suro nyanyi lagi ni utk dye.lagu ini di ulang dua kali satu versi slow,lg satu laju punye.dye prefer yg slow.lebih touching.ahahaha.ilysyg;)MyEm0.Com
 

MeMOiRs of A kaMpuNg Girl Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez